Sunday, June 5, 2011

.:: PENAWAR SUFI : AMALAN WARISAN ISLAM ::.[KANDUNGAN RAMUAN]

KANDUNGAN RAMUAN DALAM PENAWAR SUFI :

KAYU MANIS : Mempunyai ciri - ciri Antikulat dan Antikuman, jadi minyaknya boleh dicampurkan dalam minyak wangi atau barangan pergigian dan farmasi.  Menurut penemuan terbaru yang dipaparkan dalam Reuter's Health, hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Daniel Y.C. Fung dari Universiti Kansas, Manhattan, Amerika Syarikat, telah membuktikan bahawa kayu manis apabila ditambahkan dalam Jus Epal dapat menyingkirkan bakteria yang terkandung dalam Jus tersebut

GINSENG KOREA: Berkhasiat untuk menambah stamina, menguatkan fungsi jantung, menghilangkan stress, meningkatkan antibodi badan dalam melawan racun dan penyakit, mengurangkan paras gula di dalam darah (diabetes), menguatkan fungsi limpa, merangsang pembentukan darah dan memperbaiki sistem sirkulasi. Ginseng juga di gunakan dalam merawat kanser, awet muda, menambah keharmonian rumahtangga (merangsang hormon seks dan menambah kekuatan lelaki) dan melambatkan proses penuaan (awet muda).


HABBATUS SAUDA : Digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

ALOE VERA : Pokok ini dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit, termasuk kencing manis, sakit jantung dan sembelit. Pokok Lidah Buaya juga digunakan untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema.

MANJAKANI : Digunakan untuk meningkatkan keintiman, merapatkan otot vagina bagi wanita.


SERABUT MANGGIS : Anti obesiti, mencantikkan kulit, membuang kolesterol, merendahkan tekanan darah, mengurangkan paras gula, anti penuaan, nyah toksik, mencegah gusi berdarah, merawat dan mencegah batu karang, mencegah sakit urat saraf, menambah tenaga, mencegah kanser, mencegah kemurungan, membunuh kuman, mencegah sakit tulang, merendahkan suhu badan, anti parkinson dan merawat gout.

TONGKAT ALI : Meningkatan keinginan seks, prestasi dan ketahanan. Ia juga digunakan sebagai penawar sakit malaria.

BUNGA PAKMA : Digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyempitkan rahim, melangsingkan perut dan air rebusannya diminum untuk awet muda.

MISAI KUCING : Digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...